Jan 11, 2010

Khutbah terakhir yg disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Berlaku pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung 'Arafah..Khutbah terakhir yg disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan!!!..
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sbg amanah suci..kembalikan harta yg diamanahkan kpd kamu kepada pemiliknya yg berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bhw sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba'. Oleh itu, segala urusan yg melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak utk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layannilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah dibulan ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bhw setiap muslim adalah saudara kpd muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorang pun yg lebih mulia dari yg lainnya kecuali taqwa dan amal soleh. Ingatlah bhw kamu akan mengadap Allah pd suatu hari nanti utk dipertanggungjawabkan atas segala apa yg telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak tandukmu agar jgn sesekali terkeluar dari landasan kebenaran setelah ketiadaanku.."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yg telah disampaikan kpd kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kamu 2 perkara yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-QURAN dan SUNNAHKU. Hendaklah orang2 yg mendengar ucapan ku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya.
Semoga orang yg terakhir yg menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yg mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahmu kpd hamba-hamba-MU"
Semoga kita sama-sama dpt menghayati dan memperbaiki diri kita yg sememangnya berada didunia akhir zaman..

No comments:

Pendekar Laut : Generasi Pertama